Friday, July 22, 2011

PAS LIDAH BERCABANG..DAP LIDAH BERTULANG..!

1. Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan kata-kata para pemimpin PAS adalah seperti 'Lidah Bercabang' berbanding dengan kata-kata pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang yang keras dan teguh seperti 'Lidah Bertulang'..

2. Cuba kita renung-renungkan kata-kata PAS sebelum berkawan dengan DAP dan selepas berkawan rapat dengan DAP:

Kata-Kata dan Juga Fatwa PAS sebelum berkawan dengan DAP:

SATU : Bekerjasama dengan orang kafir dalam politik untuk berkongsi kuasa adalah haram..

DUA : Mengundi orang kafir sebagai calon dalam pilihanraya sebagai Ahli Parlimen ataupun ADUN adalah HARAM.

TIGA : Menegakkan Negara Islam serta Melaksanakan Hukuman Hudud adalah wajib tanpa ada rukhsah dan alasan...

EMPAT : Haram bagi muslimat ataupun mana-mana wanita diangkat menjadi calon dalam Pilihnaraya di Malaysia..

LIMA : Haram bagi kerajaan ambil duit cukai hasil Judi, Arak dan juga pusat-pusat hiburan.

3. Sekarang kita renungkan pulak apa kata dan fatwa PAS selepas berkawan baik dengan DAP : saya rasa anda sendiri tahu apa jawabannya..terbalikkanlah kata-kata di atas kepada apa yang disukai PAS sekarang ni...

DAP lebih bermaruah daripada PAS, dari dulu, kini dan selamanya..mereka tetap menentang negara Islam, menentang ketuanan melayu dan juga apa-apa saja yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam...PAS akhirnya hanya berani bersuara untuk menegakkan 'negara berkebajikan'....